TENTATIF PERJUMPAAN HARI KELUARGA HAJI ISMAIL KALI KE-14

Tarikh : 31 Ogos 2011 (2 Syawal 1432H)

Tempat : Rumah Bang Chik Lah,

Kg. Dalam Kota, Mukim Lepai


ATURCARA MAJLIS

1.00pm. - Ketibaan tetamu dan Pendaftaran
2.00 pm - Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh
Adik Mohd. Naim b. Hj. Yahaya
- Tahlil
- Ucapan Pengerusi J.Kuasa -Keluarga Hj. Ismail
- Memperkenalkan ahli baru Keluarga Hj. Ismail
(baru berkahwin )
- Peraduan Mewarna dimulakan
- Penyampaian saguhati Tabung Kebajikan dan
Kecemerlangan Keluarga Hj. Ismail
- Cabutan Bertuah
- Persembahan oleh wakil keluarga
- Cabutan bertuah
- Agihan duit raya kepada kanak-kanak
- Cabutan bertuah
- Penyampaian Hadiah Mewarna
- Sesi Bergambar
6.00 pm. - Bersurai


UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN

@ Setiap keluarga dialu-alukan untuk membawa Hadiah untuk cabutan bertuah.

@ Persembahan keluarga boleh dibuat dalam bentuk penceritaan, persembahan nasyid, sketsa, multimedia atau apa saja yang difikirkan sesuai

@ Memandangkan kedudukan kewangan yang kurang baik, Dana Keluarga Hj. Ismail boleh mula diberi sekarang kepada wakil keluarga untuk disampaikan kepada Tuan Bendahari

@ Maklumkan kepada S/Usaha nama-nama penerima hadiah kecemerlanagan akademik dan yang dapat masuk universiti pada tahun ini.

@ Seperti tahun lepas, kita juga mengalu-alukan pemberian zakat untuk diagihkan pada tahun ini.


J/KUASA PERSIAPAN MAJLIS

Pendaftaran : Pn Norliza bt. Saidin

Juruacara : Cik Norhartini/ En. Badrul Hafiz

Persiapan tempat : Tn Hj Abdullah Mat Isa

PA sistem : Tn. Hj Ahmad b. Hj.Abd Rahim

Banner : En. Mohd. Rodzi b. Hj Abdullah

Peraduan Mewarna : Pn. Rusmiza bt. Hj Abdullah

Cabutan Bertuah /Hadiah : En. Abd Ghani b. Hj. Abdul Hamid

Jemputan Wartawan : Cik Norhartini bt. Zainol



Ramadhan datang lagi...

Satu tahun tidak terasa Ramadhan muncul lagi. Bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah SWT masih memberi kita kehidupan pada ketika ini. Matahari berdzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagunganMu.Semua menyambut datangnya Seribu Bulan.Semoga di bulan yang penuh kemuliaan ini kita bersama-sama beribadah dengan hati yg ikhlas & bersungguh-sungguh keranaNYA. Pada kesempatan ini Pihak Admin ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN INI MENDAPAT RAHMAT DAN DIBERKATI OLEHNYA.Amin

Gambar Family Day 2010 di Rumah Ngah Tom, Kg. Sematang Budi, Alor Setar, Kedah

Gambar Family Day 2010 di Rumah Ngah Tom, Kg. Sematang Budi, Alor Setar, Kedah

SALAM AIDIL FITRI

Di kesempatan hari dan bulan baik ini, Pihak Admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua warga Keluarga Hj. Ismail. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kepada yang memandu tu, pandulah dengan berhati-hati...ingatlah keluarga yang tersayang.Jemputlah datang Hari Keluarga nanti pada hari raya kedua..

Sapa terror cuba teka?

Sapa terror cuba teka?

Warga Keluarga Hj.Ismail Register di sini:

Gambar Family Day 2009

Gambar Family Day 2009

Masuk Media lagi: Utusan Malaysia

Pertemuan 280 ahli keluarga Ismail

ALOR SETAR 22 Sept. - Boleh dikatakan hampir setiap rumah penuh dengan anggota keluarga bila tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri yang setiap tahun secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan sanak saudara.
Kebiasaannya, 'perhimpunan' di kalangan keluarga pada hari raya walaupun ramai tidaklah dalam jumlah terlalu besar, paling banyak pun di bawah jumlah 50 orang yang melibatkan anggota keluarga seperti ibu bapa, anak, menantu, cucu dan cicit. Namun, bagi keluarga keturunan Ismail @ Awang mereka mencatat perhimpunan keluarga teramai menerusi satu program tahunan yang diadakan pada setiap hari raya kedua. Pada tahun ini, program yang dinamakan Perjumpaan Aidilfitri Kali Ke-12 Keluarga Haji Ismail @ Awang itu telah menghimpunkan seramai 280 orang daripada 356 ahli keluarga yang berada di seluruh negara. Setiausaha program, Mohd. Rodzi Abdullah, 47, memberitahu, perjumpaan besar-besaran tersebut pada hari Raya Aidilfitri kali ini diadakan di rumah cucu Ismail iaitu Mohamad Mustapha, 60, di Kampung Besar, Padang Hang di sini. ''Perjumpaan keluarga ini diadakan secara giliran dan kali ini kami berkumpul di rumah Mohamad iaitu cucu anak pertama kepada Ismail yang mempunyai dua isteri.
''Ini melibatkan keluarga mempunyai kaitan dengan keturunan Ismail yang terdiri daripada anak, cucu, cicit, piut dan menantu, Ismail ," kata Mohd. Rodzi ketika ditemui di majlis itu semalam. Menceritakan sedikit sebanyak kisah Ismail, beliau berkata, Ismail yang sudah meninggal dunia merupakan seorang tokoh atau boleh dikatakan sebagai ketua masyarakat di kampung berkenaan. ''Allahyarham (Ismail) yang berasal dari selatan Thailand mempunyai 11 anak daripada dua isteri dan 80 orang cucu," tambahnya.
Menurut Mohd. Rodzi, tujuan diadakan perjumpaan tahunan itu ialah untuk menemukan kembali anggota keluarga dari keturunan Ismail supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan ikatan persaudaraan tidak terputus begitu sahaja. Katanya, apa yang menarik mengenai program tersebut ialah pelbagai acara diadakan seperti peraduan melukis atau mewarna untuk kanak-kanak daripada keluarga berkenaan. ''Kami membentuk satu gabungan dengan mensyaratkan setiap ahli yang berkahwin membayar yuran RM10 setahun yang digunakan untuk tujuan amal dan khairiat kematian di kalangan ahli.
''Di samping itu, kami buat kutipan kilat bagi membiayai program perjumpaan pada hari raya kedua ini yang digunakan untuk jamuan dan pembelian apa sahaja yang berkaitan," kata beliau.

Keterangan lanjut layari:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm

Ruangan Bicara

250 sertai perhimpunan ke-11 Keluarga Ismail

ALOR STAR 3 Okt. - Kira-kira 250 ahli keluarga daripada empat generasi Allahyarham Ismail @ Awang Man berkumpul di rumah salah seorang ahli keluarga mereka di Alor Melong, Jalan Langgar di sini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam. Majlis perjumpaan keluarga Allahyarham Ismail, yang meninggal dunia sejak 36 tahun lalu itu diadakan di rumah Siti Mariam Ismail, iaitu generasi kedua keluarga besar itu. Pengerusi Rumpun Keluarga Ismail, Ismail Abd. Rahman berkata, perhimpunan kali ke-11 itu diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama. ''Idea untuk mengumpulkan semua ahli keluarga ini lahir pada tahun 1998 ketika satu persatu generasi pertama Allahyarham Ismail meninggal dunia.
''Dengan adanya perhimpunan seperti ini setiap tahun, maka hubungan kekeluargaan akan berpanjangan walaupun generasi sebelum ini telah meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Menariknya mengenai perhimpunan keluarga ini ialah pelbagai aktiviti diadakan untuk mengeratkan tali persaudaraan seperti majlis tahlil, bacaan al-Quran, pertandingan mewarna, penyampaian pelbagai anugerah seperti kecemerlangan akademik dan anugerah keluarga paling ramai. Menurut Ismail, setiap tahun perjumpaan akan diadakan pada setiap hari raya kedua secara bergilir-gilir mengikut keluarga generasi pertama sehingga anak cucu. ''Tahun ini diadakan di rumah anak Ismail yang ke-11. Manakala pada tahun akan datang akan diadakan di rumah anak sulung generasi yang kedua pula. ''Kebanyakan ahli keluarga yang hadir datang dari seluruh negeri ini dan ada juga dari Perak dan Kuala Lumpur," ujarnya. Allahyarham Ismail mempunyai dua isteri dan 11 anak. Bagaimanapun hanya sembilan anaknya yang masih hidup iaitu Che Tom, Khalijah, Rafeah, Aishah, Zakaria, Abd. Aziz, Abd. Rahman, Roziah dan Siti Mariam. Kesemua yang hadir berumur di antara setahun hingga 82 tahun.


(Petikan Utusan Malaysia 4 Oktober 2008/ 4 Syawal1429H. Edisi Utara)

Keterangan lanjut layari :

Satu Kehilangan....

Pada tanggal 14 Ogos 2008 jam 5.00pagi, Isteri kedua kepada Hj. Ismail telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua. Dengan panggilan manja Tok Leha, beliau amat disenangi dan disayangi semua. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Mak Jang Yah pada usia 85 tahun. Beliau merupakan satu-satunya waris yang paling lama yang masih hidup ketika ini. Hasil perkongsian hidup dengan Hj. Ismail beliau telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Kehilangan beliau amatlah dirasai seluruh ahli keluarga Haji Ismail.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.AL-FATIHAH..

Tahniah!!!!Cucu Haji Ismail wakil Qari Johor

Pada tanggal 7 Julai 2008 lalu,anak kepada Mak Jang Yah Mergong telah terpilih mewakili Johor Darul Takzim dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang kebetulan berlangsung di Kedah Darul Aman. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Nor Azlan Saidin yang seorang guru yang berkhidmat lama di Johor Darul Takzim. Difaham kadang-kadang beliau dijemput oleh Tuanku Mahkota Sultan Johor untuk memperdengarkan alunan ayat-ayat Al-quran di Istana Johor. Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga terus berjaya!!!
Keterangan lanjut layari Arkid Utusan Malaysia:

Syawal Datang Lagi!!!!

Syawal datang lagi…hanya beberapa hari lagi kite akan meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak…Ada yang sedih ada yang sangat hapi…Sedih kerana terpaksa menunggu setahun lagi untuk berjumpa semula bulan yang penuh keberkatan ini....Entah masa tu kita masih idup atau sebaliknya..Di penghujung Ramadhan ini sama-samalah kita bermuhasabah diri..Sejauh manakah amalan yang telah kite lakukan sepanjang ramadhan ini..cukup atau tidak cukup..Itu persoalannya...itu semua terpulang kepada individu masing-masing…hanya Allah sahaja mengetahui...Cakap pasai hapi pulak kerana kite bakal mencapai kemenangan kerana sempurnalah sudah ibadah puasa yang telah kite laksanakan...Bagi adik-adik mesti tak sabar tunggu rayakan???boleh pakai baju baru,kutip duit raya, makan kuih raya dan sebagainya..Persiapan rayapun tentu semua dah disediakan..Pesanan pihak admin agar raya tahun kali ini rayalah secara ala qadar…ekonomi masih gawat sekarang nie..haruslah berjimat cermat..jangan membazir…eratkan ikatan sillaturrahim dengan budaya kunjung mengunjung sanak saudara…kepada yang agak berada tu bolehlah buat sedekah amal jariah.He5…Harapan Admin agar Perjumpaan Keluarga nanti di rumah Abang Mat pada 2 Syawal akan memberi impak yang murni untuk seluruh warga famili kita..Insyaallah…Jangan lupa datang ramai-ramai tau serbu umah Abang Mat……Jom Heboh!!!!!!!!!!He5

Tahniah Adik Aiman Ridza: UPSR 5A

Tahniah diucapkan kepada Adik Aiman Ridza Bin Mohd Syukri iaitu cucu kepada Mak Jang Minah (Isteri Allahyarham Pak Jang Mid) kerana telah mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini. Kini beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di MRSM Merbok. Semoga maju Jaya!!!!

BOYCOTT ISRAEL!!!!!!!

Regim Yahudi Laknatullah!!!!!

Setiap hari pelbagai berita kite dengar dari Gaza. Angka kematian terus bertambah tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh PBB yang terus bersetongkol dengan US. Kita dapat lihat tidak ada fungsi langsung PBB. Yang diorang tahu hanya jadi pak turut dan barua Amerika Syarikat. Sampai bile pun saya rasa dunia Palestin tidak akan aman sekiranya dunia islam masih tidak bersatu. Apa fungsi OIC?Harap kenama jar gah tetapi fungsi haprak. Takut menegakkan kebenaran. Tak tahulah sampai bile. Tak guna gencatan dikenakan. Gencatan yang termeterai sebelum nie pun telah dinodai Israel. Bayangkan 2/3 bumi palestin telah dikuasai Israel. Yang sekangkang kera tu pun tetap mereka nak kuasai. Bayangkanlah zalimnya Israel. Apa yang boleh kita sama-sama buat hanya berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada Islam jua. Allah SWT pun telah berjanji Islam akan beroleh kemenangan jua. Yang penting Umat islam perlu bersatu. Kepada Pejuang-pejuang Palestin khasnya HAMAS dan Hizbullah teruslah berjuang. Keringat peluh dan darah yang mengalir kebumi akan tetap diberkati dan diterima oleh Allah SWT. Amin.Hidup Islam!!!!AllahuakbarX3

Tahniah Fauzi Naim dapat 5A' dalam UPSR!!!!

Pihak Admin ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Mohd Fauzi Naim anak kepada Abang Chik Lah orang kuat Persatuan Hj. Ismail..Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan sampai biler2..Kejayaan anda kebanggaan kami juga. Tahniah sekali lagi.......................

Selamat Tahun Baru 2009

Kesempatan ini pihak Moderator ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua Ahli Keluarga Haji Ismail. Semoga tahun ini segala harapan, matlamat dan cita-cita selama ini dapat dilaksanakan walaupun sedikit. Harapan Moderator agar semua ahli terus hidup aman, sejahtera dan rukun damai. Apa yang penting hidup diberkati oleh Allah SWT. Amin

Ruangan Terbaru!!!!!!!!

Assalamualaikum!

Untuk makluman ahli-ahli Kelurga Haji Ismail, untuk memudahkan ahli-ahli mengenali saudara mara dengan lebih dekat maka pihak admin mengambil sedikit inisiatif memperkenal ruangan SALASILAH KELURGA HAJI ISMAIL. Walaubagaimanapun sebagai keselamatan dari dipecah masuk oleh bukan Keluarga Hj. Ismail, pihak Admin memohon agar ahli-ahli keluarga mendaftar dalam yahoo group. Dari situ pihak admin akan memberi maklumat LOGIN yang digunakan untuk masuk dalam SALASILAH KELURGA HJ. ISMAIL. Harap Maklum.

Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Keluarga Mak Ndak Yam kerana telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2008 baru-baru ini. Hari Keluarga ini merupakan kali yang ke-11 dan terakhir bagi pusingan yang pertama sejak tahun 1998. Program tersebut telah diadakan pada 2 Oktober bersamaan 2 Syawal diteratak beliau. Kira-kira 200 orang lebih ahli yang telah hadir memeriahkan program tersebut. Kelainannye tahun ini, media perdana Utusan Malaysia telah dijemput untuk membuat liputan. Bolehlah check Utusan bertarikh 4 Oktober lalu dalam bahagian Edisi Utara. Pihak Admin akan menyiarkan berita tersebut kelak. Harapan Pihak Admin agar Program Murni ini akan terus berkekalan hingga ke anak, cucu, cicit, piat, piut. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sudut Ilmu

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com
Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Dictionary